Perspektif Islam mengenai Injil Barnabas Injil_Barnabas

Tokoh Islam dari Mesir , Rashid Rida dan Sayyid Abul Ala Maududi dari Pakistan menggunakan Injil Barnabas untuk menerangkan tentang Jesus. Namun Injil Barnabas bukanlah Injil tulen 100 % tetapi mungkin telah ditokok dan dibuang bahagian-bahagiannya. Injil Barnabas dilihat lebih asli berbanding Injil Matius (Matthew), Injil Markus (Mark), Injil Lukas (Luke) dan Injil Yohanes (John).

Sarjana Islam berpendapat tidak mungkin Injil Barnabas dihasilkan oleh orang Islam sendiri kerana berdasarkan terjemahan dari Bahasa Sepanyol, terdapat beberapa percanggahan dari segi syariat.

  • Injil Barnabas membenarkan meminum anggur (arak) tetapi Islam melarang keras.
  • Barnabas menggalakkan perkahwinan monogami sedangkan Islam membenarkan poligami jika mampu.
  • Ucapan syahadah tidak sama dengan ucapan syahadah orang Islam berbahasa Arab masa kini.